Pelaksanaan duti eksais cecair vape ditangguh

PUTRAJAYA 18 DISEMBER 2020 – Peniaga peranti rokok elektronik atau vape akan dikenakan duti eksais pada kadar 10 peratus untuk semua jenis peranti vape dan 40 sen setiap mililiter ke atas atas cecair yang mengandungi nikotin dikuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan di Presint 15, Putrajaya di sini, hari ini.
GAMBAR : FAISOL MUSTAFA / PIX ONLY

Pelaksanaan duti eksais cecair vape ditangguh

Pelaksanaan duti eksais ke atas cecair dan gel bernikotin dalam rokok elektronik (vape) yang sepatutnya bermula 1 Januari lalu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 telah ditangguhkan.

Menurut sumber industri, arahan penangguhan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan ekoran Kementerian Kesihatan sedang dalam proses menggubal satu akta baharu untuk mengawal selia semua jenis rokok dan produk tembakau termasuk rokok vape.

Difahamkan Rang Undang-Undang bagi mewujudkan aktara baharu itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen yang akan datang.



Dengan perkembangan terbaharu ini, pihak Kementerian Kesihatan berpendirian pelaksanaan duti eksais ke atas cecair dan gel bernikotin untuk vape wajar ditangguhkan terlebih dahulu sehingga akta yang bakal digubal ini diluluskan.

Sehubungan itu Kementerian Kewangan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan duti eksais tersebut ke satu tarikh baharu pada tahun ini.

Dalam Bajet 2022 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan bersetuju untuk mengenakan duti eksais ke atas cecair dan gel bernikotin pada vape mulai bulan ini.

Duti eksais yang bakal dikenakan itu adalah pada kadar RM1.20 per milimeter (ml) bertujuan mengawal selia vape secara menyeluruh.



Sebelum ini kerajaan telah mengenakan duti eksais ke atas cecair dan gel tanpa nikotin yang dilaksanakan mulai Januari tahun lalu.

Dalam belanjawan itu juga kerajaan telah menyelaraskan duti eksais untuk cecair dan gel tanpa nikotin itu dari 40 sen kepada RM1.20 sama seperti yang bernikotin.

Vape adalah industri yang sangat besar dan berpotensi tinggi untuk menyumbang pendapatan kepada negara yang memerlukan tumpuan khusus daripada kerajaan untuk memperkembang industri itu sebagai salah satu industri yang utama dalam ekonomi.

Mengikut kajian, industri vape dilaporkan bernilai RM2.27 billion dengan penglibatan 3,300 perniagaan.



Industri itu juga majoritinya diusahakan oleh golongan bumiputera dan telah berjaya mewujudkan lebih daripada 15,000 pekerja. Pada masa sama, kebanyakan pekerja dalam industri itu adalah pekerja bumiputera. Utusan

Pelaksanaan duti eksais cecair vape ditangguh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker