Kanak-kanak jumpa bom lama ketika mandi sungai

Sebaran :

Kanak-kanak jumpa bom lama ketika mandi sungai

KOTA BHARU – Sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi-manda di Sungai Gertak Kertitir, Pengkalan Datu, Pasir Tumboh di sini dikejutkan dengan penemuan sebutir bom lama pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan bom itu pada jam 4.55 petang.

“Sejurus menerima panggilan itu, sepasukan anggota Unit Pemusnahan Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan telah digerakkan ke lokasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.



Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati bahan yang dijumpai itu ada sebutir bom lama jenis mortar practice inert.

Lokasi penemuan sebutir bom lama di Sungai Gertak Kertitir, Pengkalan Datu, Pasir Tumboh pada Isnin.
Katanya, bom itu kemudian dibawa balik ke pangkalan untuk tujuan permusnahan oleh UPB.

Sebelum itu tular di laman sosial Facebook mengenai penemuan bom lama itu.
Sinar

Kanak-kanak jumpa bom lama ketika mandi sungai




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *