Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings

Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Bhd.

Pelantikan beliau ke dalam jawatan itu adalah untuk mempercepatkan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat itu untuk tahun 2022, menurut syarikat berkenaan.



Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Mohammed Shazalli Ramly berkata, kumpulan itu amat berbesar hati atas pelantikan Redzuan itu dan percaya pengalaman luas beliau dalam bidang korporat dan awam akan mempertingkatkan prestasi Boustead.

“Kami berharap di bawah kepimpinan Mohd Redzuan, beliau akan memenuhi matlamat strategik kami selaras dengan strategi Reinventing Boustead untuk mempercepatkan prestasi keseluruhan untuk meningkatkan dan memaksimumkan nilai pemegang saham erta melindungi kepentingan pemegang saham kami terutamanya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemegang saham majoriti kami,” katanya menurut lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan, cabang pelaburan LTAT itu berkata Redzuan, 64, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom dan memulakan kerjaya cemerlangnya sebagai jurutera dengan ESSO Malaysia Sdn Bhd, seterusnya berkhidmat di Petronas Carigali Sdn Bhd.

Redzuan meneruskan kerjayanya dalam sektor korporat dengan memegang pelbagai jawatan penting termasuk pengarah eksekutif (ED) Swiber Marine (M) Sdn Bhd serta Wakil Negara untuk Swiber Holdings Ltd, Singapura; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Module Tech Sdn Bhd, ED Kumpulan Syarikat Gagnar dan ED Kumpulan Syarikat Orbtech.



Beliau juga Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn Bhd; Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gagnar, Marginal Field Solutions Sdn Bhd dan Seahorse Platforms Asia Sdn Bhd. FMT

Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker