Selepas Dirogol Kepalanya Dipenggal Dan Direbus [VIDEO]

Sebaran :

Selepas Dirogol Kepalanya Dipenggal Dan Direbus [VIDEO]

Almaty: Penggal dan rebus kepala. Itu tindakan kejam seorang lelaki terhadap pelajar reka fesyen yang turut menjadi mangsa rogolnya.

Mahkamah diberitahu, Rakhmanberdi Torebekov, 28, membunuh dengan kejam dan mengerat Ayazhan Edilova, 19, selepas dia ke rumahnya bagi mendapatkan ukuran badan untuk membuat sut.

Ahli farmasi yang mengalami masalah kesihatan itu dipenjara 25 tahun dan diperintahkan membayar 34,000 pound sterling (kira-kira RM191,853) sebagai pampasan kepada keluarga pelajar itu, lapor Daily Mail.



Dia dikatakan menyerang secara seksual pelajar reka bentuk fesyen itu selepas enggan melakukan hubungan seks dengannya sebelum kematiannya.

Bukan itu saja, Rakhmanberdi kemudian mencabut gigi mangsa dalam usaha untuk menutup pembunuhan ngeri itu, tetapi ditangkap selepas polis mendapati kepala mangsa sedang mendidih di dapur.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa memasuki lif bersama Torebekov, kali terakhir dia dilihat masih hidup.

Keluarga mangsa menggelarnya sebagai ‘sangat jahat’ dan menuntut agar dia tidak dibebaskan dari penjara.



“Apabila kami melihat gambar bahagian badan, kami melihat kuku dan gigi dicabut dan semuanya dimasukkan ke dalam beg plastik berasingan.

“Mengapa dia perlu melakukan ini jika dia bukan gila?

“Jika dia hanya perlu menyembunyikan pembunuhan itu, mengapa dia mencabut setiap gigi dan kuku?

“Kenapa dia memenggal kepalanya perlahan-lahan dan merebusnya dalam air,” kata ahli keluarga Ayazhan, Almat Mulikov.



Torebekov digambarkan sebagai ahli farmasi terlatih dengan pendidikan perubatan yang datang daripada keluarga baik di Almaty.

Apabila polis menyerbu flatnya, dia cuba mengelar lehernya sendiri.

Dia dibawa ke hospital dan kemudian mengaku mengerat dan melupuskan anggota badan yang lain dalam tempat pembuangan sampah di sekitar bandar.-HM

Selepas Dirogol Kepalanya Dipenggal Dan Direbus [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *