Presiden PAS ulangi tetap bersama MN dan pertahan PN

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap bersama Muafakat Nasional (MN) dan akan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Kata ahli parlimen Marang itu, PAS tidak boleh hanya menjalinkan kerjasama politik dengan Umno bagi memecahkan fahaman asabiah.

“Agenda bagi memperkukuhkan PN dalam kerajaan merupakan persetujuan bersama.

“Bahkan, bagi meneruskan kelangsungan perubahan juga mewajibkan semua parti bersama gabungan PN yang mengumpulkan parti-parti yang menerima asas penting dalam perlembagaan persekutuan dan menolak mana-mana parti yang bertujuan selain daripada itu,” katanya dalam tulisan ‘Minda Presiden’ hari ini.

Menurut Abdul Hadi, tiga parti besar iaitu Umno, Bersatu dan PAS sebelum ini berusaha menyatukan masyarakat Malaysia yang didominasi kaum Melayu beragama Islam dalam MN.

“Sekiranya hanya disertai oleh PAS dan Umno sahaja, gabungan tersebut tidak memadai.

“Seterusnya bagi mengumpulkan pihak atau bangsa lain dalam masyarakat majmuk, maka PAS bertindak secara bersama menubuhkan PN bagi memecahkan asabiah kaum atau fanatik perkauman yang ditentang oleh PAS,” katanya.

Pada 30 Dis lepas, Majlis Syura Ulama PAS menegaskan kepentingan untuk memperkasakan MN dan PN.

Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata langkah itu sebagai usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.

PAS masih mahu bersama MN, dan tetap dengan PN

‘PAS tak boleh hanya bersama Umno’

Sebagai rekod PAS sebelum ini mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui MN.

Parti itu menyertai PN yang diterajui Bersatu dan membentuk kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan melalui ‘Langkah Sheraton’.

Bagaimanapun, Umno dalam perhimpunan agungnya tahun lalu membuat keputusan tidak bekerjasama dengan Bersatu yang merupakan parti utama dalam PN.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, Umno bersendirian menentang PN dan PH, sekali gus berjaya menguasai negeri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan PN merupakan pembaharuan dalam bentuk yang lebih besar.

“Justeru, PAS tidak boleh dikongkong dengan hanya bersama Umno sahaja. Kita telah memulakan langkah dengan menubuhkan kerajaan bersama dalam gagasan PN yang baru berada di peringkat permulaaan.

“Oleh itu, perpaduan yang wujud ini jangan sekali-kali dirungkai di tengah-tengah perjalanan kerana sebab yang tidak berkaitan dengan peranan melangsungkan tugas islah (pembaikan dan pembetulan).

“Antara sebab-sebabnya seperti faktor peribadi atau pembahagian jawatan dalam kabinet kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah faktor sampingan sehingga menyebabkan PAS banyak berlembut dalam isu ini,” kata Abdul Hadi.

Presiden PAS ulangi tetap bersama MN dan pertahan PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy mahu UMNO dan PAS teruskan kerjasama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker