Najib bidas Kit Siang, ‘Uncle buat bodoh dan bisu’

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mempersoalkan veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung kritikannya ke atas dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki sejak lima hari lalu, tetapi mendiamkan diri terhadap isu rasuah lain yang disifatkannya lebih penting dan kontroversi.

“Misalnya, pada Oktober 2021, saksi utama SPRM berhubung kes rasuah anak dia (Lim Guan Eng), taikun syarikat disenarai (itu) tiba-tiba jatuh 17 tingkat sebulan sebelum dia dijadualkan memberi keterangan dalam mahkamah, uncle senyap,” katanya merujuk Kit Siang dalam catatan Facebook.

“Pada Nov 2021, kenyataan SPRM bahawa baki dana sebanyak RM65 juta (daripada jumlah dipercayai hampir RM700 juta) dibayar Jho Low dalam akaun suami bekas Gabenor Bank Negara (Zeti Akhtar Aziz) telah dikembalikan oleh Singapura ke Malaysia, uncle bisu.”



Najib berkata, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas turut mendedahkan beliau tahu Zeti dan suaminya (Tawfiq Ayman) didakwa memainkan peranan untuk “memudahkan” Jho Low, tetapi tiada tindakan diambil.

“Sekali lagi, uncle buat bodoh je, walaupun uncle yang janji Tommy akan dilantik Peguam Negara, sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum.”

Najib turut mempersoalkan tindakan Lim mendiamkan diri berhubung kebocoran dokumen 14 halaman, dipercayai laporan siasatan rahsia SPRM. Laporan itu menyatakan seorang bekas Menteri, yang didakwa terbabit dalam SRC International, menerima dan menyembunyikan RM85 juta dana berkaitan 1MDB dalam akaun proksi di Singapura.

“Jadi, kita perlu tanya kenapa uncle ini, kenapa yang lain dan yang lagi kontroversial, dia tak sebut sepatah pun. Dia bukan pejuang ketelusan dan pejuang antirasuah ke?” soal Ahli Parlimen Pekan itu.



November lalu, FMT melaporkan agensi antirasuah itu mengesahkan RM65 juta dalam dana berkaitan 1MDB ditemui dalam akaun bank Cutting Edge Industries, syarikat berpangkalan di Singapura, yang dikuasai Tawfiq Ayman dan rakannya, Samuel Goh.

Dalam bulan sama, Thomas dilaporkan berkata, beliau tahu peranan yang didakwa dimainkan Zeti dan suaminya dalam “memudahkan” Jho Low, tetapi beliau tidak mengambil sebarang tindakan kerana SPRM belum melengkapkan siasatannya ketika itu.

Bulan lalu, dakwaan pemilikan saham oleh Azam dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen PH.

Najib bidas Kit Siang, ‘Uncle buat bodoh dan bisu’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker