Final Miss World 2021 dibatalkan, ramai peserta positif Covid-19

Final Miss World 2021 dibatalkan, ramai peserta positif Covid-19

Pertandingan akhir ratu cantik Miss World 2021 dibatalkan dan ditunda ke tarikh lain buat pertama kali dalam tempoh 70 tahun selepas ramai pesertanya dijangkiti virus Covid-19, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 17 daripada 97 finalis pertandingan itu disahkan positif Covid-19 selain sebilangan kru produksi dan petugas lain yang turut dijangkiti virus itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penganjur acara itu berkata, peringkat akhir Miss World 2021 yang dijadualkan berlangsung kelmarin dari Puerto Rico ditunda pada tahun depan disebabkan isu berkaitan kesihatan dan keselamatan para peserta, petugas, kru dan orang awam.

“Setakat semalam (Selasa lalu), langkah-langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan bagi kepentingan peserta, pasukan produksi dan penonton selepas menilai peningkatan risiko bagi acara pentas dan bilik persalinan.

“Bagaimanapun, selepas berlakunya beberapa kes positif pagi ini (Rabu lepas) dan setelah berbincang dengan pegawai serta pakar kesihatan, kami membuat keputusan untuk menangguhkan acara ini,” kata kenyataan tersebut.

Acara Miss World tahun ini diadakan di Koliseum Miguel Agrelot, San Juan, Puerto Rico.

Sementara itu, pihak penganjur turut mengesahkan bahawa acara kemuncak pertandingan tersebut akan dijadualkan semula dalam tempoh 90 hari.

“Kami berasa teruja menantikan para jelitawan untuk kembali bertanding bagi merebut mahkota Ratu Cantik Dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Miss World Ltd, Julia Morley. K Online

Final Miss World 2021 dibatalkan, ramai peserta positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker