Dakwa polis enggan bertindak, wanita tangkap sendiri pencabul anak

JAKARTA – Seorang wanita di Bekasi, dalam wilayah Jawa Barat terpaksa bertindak dan menangkap sendiri pencabul anak perempuannya selepas mendakwa bahawa polis tidak mengambil sebarang tindakan, lapor portal berita Coconuts kelmarin.

Wanita 34 tahun yang hanya dikenali sebagai DN itu baru-baru ini diberitahu oleh anak perempuannya yang berusia 11 tahun bahawa dia telah dicabul oleh jiran mereka iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun.

Suspek dilaporkan ‘mengumpan’ kanak-kanak di kawasan kejiranan mereka menggunakan wang saku untuk pergi ke rumahnya dan menyentuh mangsa di tempat yang tidak sepatutnya.



DN kemudiannya melaporkan mengenai suspek kepada Polis Metro Bekasi pada 21 Disember lalu dan meminta pegawai polis menangkapnya dengan segera kerana mendapat tahu bahawa dia merancang untuk melarikan diri ke Surabaya.

“Pegawai polis sebaliknya menyuruh saya menangkap sendiri suspek itu.

“Saya dan adik kemudiannya bertindak melaporkan suspek kepada pegawai di stesen kereta api Bekasi untuk menangkapnya,” kata DN.

Ketika ditangkap, suspek sedang menaiki kereta api untuk keluar dari bandar tersebut.



Sementara itu, Ketua Polis Metro Bekasi, Aloysius Suprijadi menjawab tuduhan DN dengan berkata bahawa pihaknya masih menyiasat kes itu ketika suspek ditangkap.

“Kami menerima laporan itu dan sedang melengkapkan siasatan seperti pemeriksaan perubatan dan lain-lain.

“Keesokan harinya, keluarga mangsa mendapat tahu bahawa suspek berada di stesen kereta api Bekasi dan mereka menangkapnya,” katanya.

DN tidak lama selepas itu membuat permohonan maaf atas tindakannya yang melulu dan mengakui bahawa Polis Metro Bekasi telah memberkas suspek. – AGENSI



Dakwa polis enggan bertindak, wanita tangkap sendiri pencabul anak

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker