Bukan masa TMJ ambil alih Harimau Malaya

Bukan masa TMJ ambil alih Harimau Malaya

Kegagalan skuad Harimau Malaya di pentas Piala AFF 2020 jelas menghadirkan kebimbangan khususnya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan apatah lagi selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

Berdasarkan keputusan di Singapura, skuad kebangsaan dilihat tidak memiliki momentum meyakinkan bagi mengharungi misi penting yang seterusnya iaitu pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, tahun depan.

Justeru, adakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari alternatif lain dengan mempertimbangkan semula tawaran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menguruskan skuad kebangsaan selepas ini?

Ketika diminta mengulas mengenai situasi itu, legenda bola sepak negara, Khalid Ali beranggapan ini bukanlah masa yang terbaik untuk mengubah teraju skuad kebangsaan sekalipun terpalit dengan prestasi yang merudum.

Bukan mahu menidakkan kredibiliti pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), namun Khalid melihat ketiadaan material iaitu pemain yang berkualiti akan menjadi kekangan terbesar untuk Tunku Ismail merealisasikan hasratnya mengangkat mutu bola sepak negara.

“Buat masa ini, tak sesuai (Tunku Ismail ambil alih) kerana kita tiada material yang baik. Tunku Ismail seorang yang berpandangan jauh dan ada matlamat sendiri tetapi dengan keadaan sekarang, agak sukar.

“Sebab itulah kita kena perkasakan akar umbi dan banyakkan pemain muda yang berpotensi. Pemain yang ada sekarang sudah tepu. Mahu betulkan skuad kebangsaan memang ambil masa.

“Mungkin Tunku Ismail boleh ambil alih 10 tahun lagi selepas kita ada kelompok pemain yang jauh lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid melihat Tunku Ismail boleh bermula dengan mengambil alih program skuad kebangsaan yang bertujuan untuk memperkasa akar umbi bagi mempercepat proses ‘membaikpulih’ skuad kebangsaan.

“Tunku Ismail boleh lantik senarai jurulatih untuk menjaga beberapa zon di setiap negeri. Dari situ, jurulatih memantau pemain yang berbakat dan dilihat berpotensi untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Kemudian himpunkan mereka untuk menjalani program yang lebih baik supaya kualiti mereka dapat dipertingkat,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail pernah menyatakan hasrat untuk mengambil alih pengurusan skuad kebangsaan susulan prestasi kurang memberangsangkan pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Jun lalu.

Namun, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan badan induk bola sepak tanah air itu terpaksa menolak tawaran tersebut dan akan terus mengendalikan skuad Harimau Malaya seperti biasa. BH

Bukan masa TMJ ambil alih Harimau Malaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker