KWSP: RM270b boleh dikeluarkan

KWSP: RM270b boleh dikeluarkan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan sebarang kemelesetan kepercayaan terhadapnya berkemungkinan boleh menyebabkan pengeluaran simpanan secara besar-besaran yang memberi impak negatif terhadap pasaran modal negara.

Ketika menyuarakan kebimbangan itu, dana persaraan berkenaan berkata, ini berikutan sehingga kini terdapat lebih RM270 bilion simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang mencapai usia melebihi 55 atau 60 tahun serta mereka yang mempunyai simpanan lebih RM1 juta.

“Adalah dibimbangi kemelesetan kepercayaan terhadap KWSP akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak dan memberi impak negatif terhadap pasaran domestik memandangkan KWSP adalah tonggak utama dalam pegangan aset pelaburan pasaran modal dan kewangan dalam negara.

“Skala dan kesan pandemik Covid-19 yang tidak dijangka serta kejadian bencana alam, baru-baru ini, sudah menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksimum dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk ketika ahli berdepan ketidakcukupan wang simpanan persaraan dan ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

KWSP menjelaskan, skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020 dan disusuli dengan i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu sudah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Setakat Oktober 2021, sebanyak RM101 bilion dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran yang bersamaan dengan 22 peratus daripada RM530 bilion pakej rangsangan diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Walaupun skim pengeluaran ini sudah memberi sedikit kelegaan kewangan kepada ahli ketika pandemik dan PKP, ia menyebabkan sebanyak 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka dengan 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang RM1,000 iaitu tahap yang sememangnya tidak dapat menjamin persaraan mereka,” katanya.

KWSP berkata, majoriti ahli yang membuat pengeluaran kecemasan adalah kalangan Bumiputera dan berikutan itu, sebanyak 4.4 juta atau 54 peratus golongan tersebut mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 manakala 2.0 juta atau 25 peratus pula kurang daripada RM1,000.

“Ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000 iaitu jumlah minimum diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun,” katanya.

KWSP juga menegaskan, selain penyusutan pendapatan masa depan individu, ia juga bimbang bahawa ketirisan selanjutnya akan menjejaskan kedudukannya sebagai sebuah organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.

“Sebagai pemegang amanah, KWSP mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan yang saksama untuk semua ahlinya, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat berjuta-juta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan untuk mendapat pulangan lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka kelak,” katanya. HM

KWSP: RM270b boleh dikeluarkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker