Pemimpin politik perlu banyak belajar

KUALA LUMPUR: Lambat bertindak dan lebih suka mencari publisiti murahan di ketika rakyat sedang menderita kehilangan orang tersayang dan harta benda akibat banjir yang melanda baru-baru ini harus menjadi pengajaran kepada kerajaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Politik, Dr. Salawati Mat Basir berkata, keada­an itu mengakibatkan rakyat seolah-olah tidak lagi mahu berharap bantuan kerajaan, sebaliknya bergantung dengan kemampuan sendiri dan bantuan masyarakat sekeliling.

“Kalau kita lihat memang tindakan itu lambat, dah seminggu baru nak mulakan tindakan. Sedangkan orang nak bantuan pada hari pertama sebab mereka sudah hilang banyak harta benda dan nyawa. Sekarang ini semua bergantung kepada sesama rakyat.



“Kenapa jadi begini? Kerana mereka ini (pemimpin) tidak dikoordinasi oleh setiausaha politik ataupun setiausaha akhbar dengan baik. Dan lagi satu lagi ialah ketidaksediaan kerajaan dalam menhadapi bencana mengejut. Dia lebih nak mencari publisiti dengan ramainya wartawan dan juga jurugambar.

“Pada saya sebenarnya tak perlu publisiti ketika turun padang, cuma bantu sahaja. Yang paling utama ialah kita melihat orang yang kena banjir ni, harta benda hilang. Itu yang sepatutnya pemimpin patut lihat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat terhadap kritikan yang dilemparkan kerana kesilapan pada peringkat awal bermula daripada beberapa pe­mimpin kerajaan sendiri.

“Sekali lagi saya tekankan bahawa ini adalah kesalahan pemimpin kita sendiri kerana mereka daripada mula lagi cuba menonjolkan apa yang ingin dilakukan oleh mereka, dan apa yang ditonjolkan itu adalah lakonan semata-mata.



“Dalam hal ini, pemimpin politik kita perlu lebih banyak belajar daripada apa yang dikatakan kesan media sosial itu sendiri. Apa yang berlaku ini perlu dijadikan iktibar dan tidak diulangi pada masa depan,’’ katanya.

Sebelum ini, beberapa menteri dikecam di media sosial kerana mengadakan majlis khas untuk mengutip dan menghulurkan bantuan banjir, malah untuk mewujudkan skuad sukarelawan.

Rata-rata netizen menyifatkan majlis itu sebagai membazir wang dan masa sedang peruntukan itu lebih elok disumbangkan. -UTUSAN

Pemimpin politik perlu banyak belajar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker