Harimau bintang larikan anjing peliharaan

Sebaran :

Harimau bintang itu melompat ke atas pagar dan menangkap anjing tersebut sebelum membawa lari haiwan itu ke dalam hutan. – SWNS

NEW DELHI – Satu rakaman video memaparkan seekor harimau bintang melompat di atas pagar sebuah rumah setinggi lebih tiga meter di India sebelum membaham dan membawa lari seekor anjing dari kediaman tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan video tersebut, anjing itu pada mulanya dilihat mengundur ke belakang selepas terdengar bunyi daripada harimau bintang itu.

Haiwan buas itu kemudian melompat ke atas pagar, membaham dan menangkap anjing tersebut sebelum membawa lari haiwan itu ke dalam hutan.

Menurut laporan, harimau bintang itu sedang berkeliaran di kawasan kejiranan tersebut di negeri Madhya Pradesh sambil mencari makanan apabila ia ternampak anjing itu di belakang pintu pagar. – AGENSI



Harimau bintang larikan anjing peliharaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *