Kertas siasatan gangguan seksual berkait Ebit Lew lengkap

Kertas siasatan gangguan seksual berkait Ebit Lew lengkap

Kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew sudah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan.

“Kita sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan sedikit masa lagi akan mendapat keputusan arahan selanjutnya berkaitan kes itu.

“Bagaimanapun, kita juga meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya tampil membantu siasatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jalil berkata, pendakwah terbabit juga difahamkan berada di luar negara melakukan kerja amal dan tiada keperluan untuk menahannya kerana notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) tidak dikeluarkan terhadapnya.

“Buat masa ini, biarlah dia melakukan kerja kebaikan di luar negara kerana itu haknya, jika dia ikut peraturan di negara terbabit, ia tidak menjadi kesalahan.”

Sebelum ini, polis menyiasat Ebit mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, susulan laporan beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan beliau yang disifatkannya berunsur fitnah kejam terhadap dirinya. FMT

Kertas siasatan gangguan seksual berkait Ebit Lew lengkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker