Tragedi tidur di landasan kereta api

Tragedi tidur di landasan kereta api

Kota Bharu: Tindakan dua remaja yang tidur di atas jambatan landasan kereta api di Kampung Tiong, dekat Gua Musang, mengundang tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas digilis kereta api, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Azwan Syhmin Md Yusoff, 18, diseret kira-kira 30 meter oleh kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat dan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya dipercayai tidur di atas jambatan landasan kereta api itu.

“Sebaik melihat ada orang tidur di atas landasan, pemandu kereta api yang melalui laluan itu membunyikan hon, namun mangsa tidak sempat bangun.

“Bagaimanapun, rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri sebaik melihat kereta api hampir dekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati separuh badan mangsa hancur kerana digilis kereta api itu.



Katanya, jarak lokasi mangsa tidur dengan mayatnya dijumpai lebih kurang 30 meter.

“Susulan kejadian itu, pemandu kereta api terus melaporkan kejadian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran landasan kereta api supaya berhati-hati memandangkan kawasan itu berisiko dan berbahaya.



“Kami juga mengingatkan penduduk supaya tidak menjadikan jambatan dan landasan kereta api sebagai tempat melepak atau tidur pada waktu malam.

“Pada masa yang sama, ibu bapa atau penjaga diharapkan sentiasa memantau pergerakan anak bagi menjamin keselamatan masing-masing,” katanya. HM

Tragedi tidur di landasan kereta api


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker