Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk

Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk

Bukan mahu simpati tetapi pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar kesihatan tidak memburuk selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan masalah paru-paru berair sejak empat hari lalu.

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, berkata, dia baru sahaja selesai menjalani ujian imbasan sinar-X dan masih menunggu keputusan daripada doktor.

“Keadaan sekarang okey. Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Harap-harap keputusan imbasan nanti ‘bersih’. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Ebby ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Ebby yang cukup dikenali menerusi sitkom televisyen Simpang Tiga percaya, setiap yang berlaku dalam kehidupan seseorang terkandung hikmah tersendiri.

“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya penuh optimis.

Terdahulu, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan lenyap dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor.

Gara-gara kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.

Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.

Pada Oktober lalu, dia mengikuti rombongan umrah ke Mekah namun mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan. K Online

Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker