Doktor wanita trauma kereta terjatuh tebing pantai

Doktor wanita trauma kereta terjatuh tebing pantai

KUALA NERUS – Seorang wanita yang juga doktor sebuah klinik swasta nyaris maut selepas kereta Perodua Axia dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam jatuh ke pesisir Pantai Kolam dari tebing jalan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an tersebut terselamat walaupun keretanya remuk teruk akibat terjatuh pada ketinggian hampir lima meter.

Rakan mangsa, Mohd. Azwan Jusoh, 38, berkata, sewaktu kejadian, kereta Perodua Axia dipandu wanita tersebut dari arah Kampung Mengabang Telipot di sini terjatuh dari tebing tersebut selepas melalui selekoh tajam di lokasi kejadian.

“Saya dihubungi suami mangsa memohon pertolongan saya membantu isterinya yang mengalami kemalangan pada pukul 4.50 pagi.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, hati saya berdebar apabila lokasi kemalangan dikerumuni ramai anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Azwan berkata, dia lega isteri kawannya berkenaan terselamat walaupun keretanya bukan sahaja remuk teruk malah dipukul ombak di pesisir pantai.

Tambahnya, walaupun tidak mengalami kecederaan, mangsa amat trauma dan perlu ditenangkan kakaknya sebelum dibawa pulang ke rumah. K Online

Doktor wanita trauma kereta terjatuh tebing pantai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker