Adun DAP lambat tiba, terlepas sesi angkat sumpah DUN Melaka

Sebaran :

Adun DAP lambat tiba, terlepas sesi angkat sumpah DUN Melaka

Baru hari pertama sudah lambat datang. Nampaknya disiplin Adun DAP kena diperbaiki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau Yen dilaporkan tiba lambat dan terlepas sesi mengangkat sumpah pada Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15, hari ini.

Bernama melaporkan seramai hanya 20 daripada 28 Adun yang mengangkat sumpah pada persidangan sidang DUN hari ini, dengan tujuh lain yang tidak hadir ialah Adun Ayer Molek Rahmad Mariman, Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai), Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Adly Zahari (Bukit Katil), Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Muhammad Jailani Khamis (Rembia).



Bekas exco kerajaan negeri Melaka Ibrahim Durum pula mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Melaka yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Usul melantik Ibrahim dikemukakan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.

Usul pelantikan Ibrahim diterima selepas mendapat sokongan majoriti 15 Adun manakala lima Adun berkecuali.

Sementara itu Adun Rim Khaidirah Abu Zahar dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Melaka dan beliau merupakan wanita pertama yang dilantik memegang jawatan itu di Melaka. Mk



Adun DAP lambat tiba, terlepas sesi angkat sumpah DUN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *