Padu Habis! Lelaki Ini Tunjuk Bakat Menyanyi Sambil Plaster Simen [VIDEO]

Padu Habis! Lelaki Ini Tunjuk Bakat Menyanyi Sambil Plaster Simen [VIDEO]

Semua orang memiliki bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Mungkin bakat menyanyi, mengacara, memasak atau lain-lain, jika dicungkil dapat juga memberikan seribu satu faedah kepada tuan badan.

Baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang lelaki sedang menyanyi sambil plaster simen telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan satu individu sedang berada di tempat tinggi dan sibuk membuat kerja-kerja pembinaan.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila kedengaran suara nyanyian lelaki tersebut yang cukup merdu. Malah lagu nyanyian nada tinggi turut dapat dibawakan dengan sempurna sekali. Berikut adalah perkongsian video suara lelaki menyanyi sambil plaster simen ini

Wow, memang padu habis nyanyian lelaki ini! Malah cukup selamba bila perlu menarik nada tinggi sambil membuat kerja. Perkongsian rakaman suara lelaki menyanyi sambil plaster simen yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mohdyusof1989 ini telah meraih lebih 1.3 juta tontonan dan 123 ribu likes.

VIDEO DIBAWAH:-

Rata-rata netizen turut memuji bakat nyanyian lelaki ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Bang kalau g audition jangan lupa bawak tool bang terutama simen nanti kalau ada juri kata suara abang tak sedap plaster je mulut sebab padu sangat ni bang”

“Boleh ubah hidup ni. Suara dah ada. Cuma berani tak je nak berdepan dengan orang ramai. Good luck bro…”

“Mantap bangg. Boleh dah tu. Mana tau rezeki dalam bidang lain”

“Pergh korang perasan tak. Tengah tarik relaks je buang tong amik tong sebelah. Power3”

HCL

Padu Habis! Lelaki Ini Tunjuk Bakat Menyanyi Sambil Plaster Simen [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker