Kantoi curang gara-gara kaca mata

Kantoi curang gara-gara kaca mata

LONDON – Kisah kecurangan seorang lelaki akhirnya terbongkar apabila sekeping gambar swafoto yang dirakam memaparkan refleksi seorang wanita muncul pada kaca mata dipakai lelaki tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.

Menerusi sebuah perkongsian di laman TikTok, bekas kekasih lelaki berkenaan menceritakan tentang bagaimana gambar swafoto itu telah mendedahkan kecurangan lelaki tersebut.

“Bagaimana saya akhirnya dapat ‘menangkap’ teman lelaki yang curang, yang kemudiannya meminta untuk memutuskan hubungan selepas kecurangannya dihidu,” kata keterangan pada video tersebut.

Wanita itu memuat naik tangkap layar gambar swafoto bekas teman lelakinya yang dihantar kepadanya ketika ‘sedang melakukan aktiviti berkayak bersama keluarga’.

Bagaimanapun, wanita tersebut berjaya mengesan kelibat seorang wanita lain sedang berkayak bersama lelaki itu menerusi refleksi pada kaca matanya.

Apabila disoal mengenai perkara itu, lelaki berkenaan cuba mempertahankan diri dengan berkata bahawa dia enggan bertengkar di hadapan ahli keluarganya.

Bagaimanapun, selepas wanita itu memberitahu bahawa dia ingin pergi menemui lelaki berkenaan, dia akhirnya mengaku lantas memutuskan hubungan mereka serta-merta.

“Dia memberitahu bahawa sedang bercuti bersama keluarga dan tidak dapat membawa saya kerana bimbang saya tidak mendapat restu keluarganya.

“Keadaan itu sepatutnya menjadi ‘amaran’ awal buat saya. Saya terlalu dibutakan dengan cinta pada masa itu,” kata wanita tersebut. K Online

Kantoi curang gara-gara kaca mata


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker