JNKS nafi organ dalaman mayat diambil
JNKS nafi organ dalaman mayat diambil
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan laporan berita yang mendakwa organ dalaman mayat warga Indonesia yang meninggal dunia di Sabah dikeluarkan sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, tiada organ dalaman pesakit yang telah diambil seperti yang didakwa.
Beliau berkata, pihak hospital hanya mengambil beberapa sampel tisu dan organ berukuran satu inci bagi mengenal pasti punca kematian pesakit warga asing yang ditemukan meninggal dunia di atas kapal pada 1 Disember lalu.
Mayat pesakit dikenali sebagai Saidiman Hamal, 38, itu kemudian dibawa he Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat pada 7 Disember atas arahan polis seperti prosedur kes kematian di luar hospital yang lain.
“Polis memaklumkan pesakit tersebut tidak mempunyai waris terdekat di Malaysia namun, terdapat beberapa individu mengaku saudara kepada pesakit dan mengenali waris terdekat di Indonesia.
“Salah seorang saudara pesakit melakukan pengecaman mayat sebelum proses bedah siasat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut katanya, bedah siasat mendapati punca kematian adalah jangkitan paru-paru dan sakit jantung
Rose Nani berkata, majikan mangsa telah menguruskan proses penghantaran pulang jenazah dan menyerahkan mayat pesakit kepada saudaranya dan syarikat pengurusan jenazah 3M pada 17 Disember lalu.
Malah, jenazah turut dibawa ke masjid untuk dimandikan dan dikafankan sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan selamat tiba di Indonesia pada 20 Disember lalu.
“Semua urusan bedah siasat dan proses pengembalian mayat kepada ahli keluarga telah dibuat mengikut kepada garis panduan yang telah ditetapkan jadi tidak timbul isu organ dalaman mayat diambil seperti didakwa dalam laporan berita Indonesia,” katanya.
Sebelum ini, tular satu laporan berita daripada Indonesia bertajuk ‘Jenazah TKI Dipulangkan Dari Malaysia Tanpa Organ Tubuh’ yang melaporkan organ dalaman jenazah seorang lelaki warga Indonesia telah diambil sebelum mayat mangsa dihantar pulang ke negara berkenaan. Utusan
JNKS nafi organ dalaman mayat diambil
Baca Artikel Menarik :
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’