Sehingga 70 peratus pusat hiburan malam termasuk bar dan karaoke telah gulung tikar sejak Mac lalu apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Walaupun kerajaan memberi kelonggaran kepada aktiviti ekonomi, tetapi pusat hiburan malam tidak dibenarkan dibuka.
“Selain pusat hiburan yang mempunyai sumber yang besar, lebih 70 peratus pusat hiburan malam, bar dan karaoke sedang berdepan cabaran gulung tikar.
“Industri ini sedang berdepan rintangan yang besar,” kata jurucakap persatuan yang mewakili industri hiburan.
Menurutnya, daripada maklumat yang ada, terdapat kira-kira 20,000 hingga 30,000 buah pusat hiburan malam yang memilih untuk menamatkan operasi di seluruh negara.
Katanya, ada pengusaha yang akhirnya memilih menjadi penjaja atau menjadi pedagang secara dalam talian.
Tambahnya, pengusaha di Kuala Lumpur sedang berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk meneliti kemungkinan menukar lesen mereka untuk membenarkan perniagaan restoran.
Dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemas kini, aktiviti pusat hiburan malam, karaoke, taman tema, konsert dan panggung masih dilarang. MG
Kemelesetan ekonomi kesan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini mengakibatkan kira-kira 300 daripada 7,000 buah klinik swasta di seluruh negara terpaksa gulung tikar. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. M. Subramaniam berkata, pihaknya juga menjangkakan lebih banyak klinik bakal ditutup selepas ini sekiranya pandemik Covid-19 berterusan untuk satu tempoh…
Ribuan pengedar kereta berisiko gulung tikar Lebih satu perempat daripada 6,000 pusat pengedaran kenderaan terpakai dan baharu di seluruh negara dijangka 'gulung tikar' jika sekatan pergerakan penuh berlanjutan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi. Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor Chong Boon, berkata…
PKPD: Peniaga di Pasar Dungun berdepan gulung tikar DUNGUN: Kira-kira 500 peniaga di Pasar Dungun berdepan risiko gulung tikar ekoran ketiadaan pelanggan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan dua mukim. Lanjutan PKPD selama dua minggu di Mukim Sura dan Kuala Dungun menyebabkan peniaga tersebut mengalami kemerosotan pendapatan yang teruk…
You must be logged in to post a comment.