Kereta rakyat rosak tengah jalan, Putera Arab hadiahkan kereta baharu

Sebaran :

Kereta rakyat rosak tengah jalan, Putera Arab hadiahkan kereta baharu

RIYADH – Kisah seorang lelaki yang diberikan hadiah berupa sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux oleh Putera Arab Saudi menjadi tular di media Arab Saudi baru-baru ini, lapor akhbar Gulf News semalam.

Gabenor wilayah Asir, Putera Turki bin Talal Al Saudi memberikan kenderaan itu kepada seorang lelaki selepas beliau terlihat lelaki itu berdiri di tengah sebatang jalan di Mahayel, Asir kerana keretanya rosak.

Putera Turki kemudian meletak kenderaannya di sebelah kenderaan lelaki tersebut dan bertanya kepadanya sekiranya dia mempunyai kereta lain untuk digunakan. Lelaki itu menjawab tiada.



Putera Turki kemudian membawa lelaki itu ke sebuah bilik pameran kereta dan membelikannya sebuah kereta jenis Toyota Hilux.

Beliau menyerahkan kunci dan memberitahu kepada lelaki itu bahawa kereta itu kini menjadi miliknya.

Foto insiden tersebut kemudiannya dikongsikan menerusi platform media sosial dengan orang ramai memuji sikap murah hati Putera Turki. K Online

Kereta rakyat rosak tengah jalan, Putera Arab hadiahkan kereta baharu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *