Pembida aset sajat dapat durian runtuh, bida RM42,000
Pembida aset sajat dapat durian runtuh, bida RM42,000
Pemenang lelongan aset dan barang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan dengan bayaran harga serendah RM42,000 .
Sebelum ini, lelongan harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghilangkan diri.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, seramai tiga pembida menyertai lelongan tersebut yang dilakukan untuk kali kedua pada hari ini.
“Sesi lelongan itu dimulakan dengan bukaan harga RM60,000, namun diturunkan kepada RM50,000 dengan kenaikan sebanyak RM5,000 untuk setiap bidaan.
“Bagaimanapun, tiada pembida yang membuat bidaan dan kami perlu menurunkan harga lelongan kepada RM40,000 dengan kenaikan sebanyak RM2,000,” katanya kepada pemberita selepas sesi bidaan di kediaman Sajat di Kota Damasara di sini tadi.
Katanya, pembida bernama Chai Liong Huat yang berusia 67 tahun berjaya memenangi bidaan itu selepas tawaran ditutup pada harga rendah iaitu RM42,000.
“Beliau juga sudah membuat bayaran penuh, tiada isu pembida lari seperti sebelum ini. Proses bidaan kali ini dianggap selesai,” jelasnya. K Online
Pembida aset sajat dapat durian runtuh, bida RM42,000
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?