Cara Bancuh Teh Hijau Untuk Turunkan Darah Tinggi, Berkesan

Cara Bancuh Teh Hijau Untuk Turunkan Darah Tinggi, Berkesan

Umum mengetahui, teh hijau sering dikaitkan dengan penurunan berat badan. Kalau tengah diet, mesti teh hijau menjadi pilihan sebagai minuman seharian.

Selain membantu untuk proses penurunan berat badan, teh hijau juga mampu membantu untuk menurunkan darah tinggi. Walau bagaimanapun, ia perlulah dibancuh dengan betul supaya kebaikan itu dapat dihasilkan. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian Dr Suri Roowi di bawah.

Teh hijau kaya bahan khasiat untuk mencegah penyakit dan bertindak sebagai antioksidan. Epigallocatechin-3-gallate (EGCG) ialah bahan antioksidan yang paling banyak dan paling kuat dalam teh hijau.

Kajian selama 12 minggu di Purdue University mendapati minum teh hijau setiap hari dapat menurunkan tekanan tinggi. Antara pelbagai jenis teh hijau, Teh Hijau Matcha adalah yang terbaik. Teh Hijau Matcha adalah teh hijau yang diblender dan dijadikan dalam bentuk serbuk.

Selain sebagai sumber antioksidan yang baik, Teh Hijau Matcha kaya dengan vitamin serta mineral bermanfaat seperti zink, kromium dan selenium. Untuk meningkatkan bahan khasiat dalam minuman, perahkan sedikit jus lemon dalam minuman Teh Hijau Matcha anda.

Hasil kajian juga mendapati jus lemon mengandungi vitamin C dan meningkatkan paras antioksidan dalam minuman teh hijau sehingga 5x ganda dan menyebabkan 80 % bahan ini diserap ke dalam darah dan banyak memberi kesan baik terutama di kalangan pesakit darah tinggi Sebaiknya tambah sedikit madu tulen. SL

Cara Bancuh Teh Hijau Untuk Turunkan Darah Tinggi, Berkesan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker