Aras air sungai masih di paras amaran, waspada
Aras air sungai masih di paras amaran, waspada
Aras air sungai di beberapa negeri yang terlibat banjir dilaporkan masih berada di paras amaran dan waspada, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada Selasa.
Menerusi satu kenyataan, KASA berkata, beberapa bacaan aras air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor mulai turun tetapi masih berada di paras amaran dan waspada.
Di Kelantan, kebanyakan bacaan paras air berada di paras waspada namun Sungai Golok di Jajahan Pasir Mas masih berada di paras bahaya.
“Di Terengganu, Johor, Perak, Melaka dan Sarawak pula keadaan masih lagi terkawal dengan kebanyakan bacaan berada di paras waspada dan amaran.
Bagi Pahang, aras air beberapa kawasan di Temerloh dan Bera menunjukkan trend menaik dan berada di paras bahaya. Penduduk-penduduk yang berada di lokasi bahaya diminta untuk bersedia dan berpindah jika diarahkan,” katanya.
Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), aras waspada merujuk kepada aras air sungai mula meningkat daripada aras normal manakala aras amaran menunjukkan air sungai menghampiri aras banjir dan perlu bersedia untuk membuat perpindahan jika perlu.
Aras bahaya pula menunjukkan aras air sungai mula melimpah serta boleh menyebabkan banjir dan perpindahan perlu dilaksanakan jika perlu.
Banjir melanda Lembah Klang sejak Sabtu lepas susulan hujan lebat berterusan menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan manakala ramai pengguna jalan raya terkandas akibat laluan terjejas kerana dinaiki air.
Banjir turut dilaporkan berlaku di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan serta Perak, manakala Sarawak yang telah mengalami episod banjir pada awal Sept lepas, dijangka mengalami fenomena itu sekali lagi. Sinar
Aras air sungai masih di paras amaran, waspada
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir
You must be logged in to post a comment.