Banjir: Pindah jika diarah – PM

Sebaran :

Banjir: Pindah jika diarah – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta penduduk yang terjejas banjir supaya akur untuk berpindah jika diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, arahan berpindah dibuat atas faktor keselamatan selain sebagai langkah berwaspada memandangkan pihak berkuasa mengetahui ramalan cuaca atau bahaya yang mungkin berlaku.

“Kita juga bimbang kerana banjir gelombang kedua boleh berlaku…bila diarahkan berpindah elok patuh. Saya ada berjumpa mangsa banjir yang mengatakan mereka tidak sangka banjir boleh berlaku secara mendadak,” katanya.



Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar di sini pada Selasa, yang menempatkan 145 mangsa setakat petang Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri juga meminta negeri yang “kurang biasa” dengan banjir untuk membuat persediaan sewajarnya sebaik sahaja Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca buruk bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, ia berbeza dari negeri sering dilanda banjir setiap tahun yang lazimnya sudah membuat persediaan awal termasuk mengenal pasti dan menyediakan PPS.

“Jadi bila amaran (cuaca buruk) telah dikeluarkan, saya harap mereka (kerajaan negeri) membuat persediaan terutamanya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) seperti bersedia dengan bot,” katanya.



Ismail Sabri menjelaskan, persediaan itu juga perlu melibatkan kerja pembersihan sistem perparitan yang dapat membantu mengurangkan kemusnahan akibat banjir.

Sementara itu, warga emas Tiamah Ramli, 72, berkata, Ismail Sabri sempat menasihatkannya supaya menjaga diri dan kesihatan walaupun runsing dengan keadaan rumahnya di Kampung Mengkarak di sini, yang dilanda banjir.

“Beliau juga bertanya keadaan saya di sini, sama ada selesa dan bagaimana kami makan…memang itu perkara yang sering ditanya kerana saya sudah beberapa kali bertemunya di PPS memandangkan rumah memang berada di kawasan rendah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Laili Mattab, 66, yang menetap di Kampung Kubang Panjang di sini memberitahu, Perdana Menteri berpesan kepadanya supaya bersabar dengan dugaan banjir yang berlaku untuk kali kedua tahun ini.



“Kali pertama berlaku pada Januari lepas. Walaupun sukar untuk dihadapi, saya berterima kasih kerana banyak pihak yang simpati dan tak putus-putus memberi sumbangan makanan dan pakaian,” katanya. Sinar

Banjir: Pindah jika diarah – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *