Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu
LONDON – Seorang pengguna aplikasi TikTok baru-baru mendedahkan tindakannya yang berjaya merakam kecurangan suaminya menerusi rakaman kamera keselamatan loceng pintu kediaman mereka, lapor akhbar New York Post semalam.
Kaylie Kristina, menerusi akaun TikTok @kaylie271 berkongsi rakaman mengejutkan itu yang menunjukkan suaminya sedang mengucup seorang wanita lain.
“Apabila suami anda tidak sihat untuk pergi ke percutian keluarga yang telah dirancang,” demikian kenyataan yang ditulis pada video tersebut.
Rakaman video hitam putih yang dirakam sekitar pukul 10 malam itu menunjukkan suami Kristina mengucapkan selamat tinggal kepada teman wanitanya di bahagian tangga hadapan rumah mereka lantas menciumnya.
Kristina menjelaskan bahawa lelaki itu menganggap kamera keselamatan tersebut tidak lagi berfungsi.
Dia turut memaklumkan bahawa suaminya telah meminta maaf namun baginya, ia tidak mencukupi. – AGENSI
Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu
Baca Artikel Menarik:
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET