Pencairan glasier di Banjaran Himalaya ancam rantau Asia

Banjaran Himalaya mempunyai kepekatan ais glasier ketiga terbesar di dunia selepas Antartika dan Artik. – UPI

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa pencairan glasier di Banjaran Himalaya telah meningkat 10 kali ganda sejak beberapa puluh tahun lalu, sekali gus memberi ancaman terhadap sumber air bagi berjuta-juta penduduk di rantau Asia, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Kajian yang diketuai oleh Universiti Leeds itu mendedahkan bahawa glasier Himalaya mencair pada kadar yang ‘luar biasa’, jauh melebihi kadar kehilangan glasier di bahagian lain di dunia.

“Penemuan kami jelas menunjukkan bahawa ais kini hilang dari glasier Himalaya pada kadar sekurang-kurangnya 10 kali lebih tinggi berbanding kadar purata sejak berabad-abad yang lalu.

“Lonjakan itu mula berlaku dalam tempoh beberapa puluh tahun yang lalu, sejajar dengan perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia,” kata  pengarang utama kajian tersebut, Dr. Jonathan Carrivick.

Kajian itu membandingkan glasier ketika ini dengan 14,798 glasier Himalaya semasa tempoh petkembangan Zaman Ais Kecil iaitu sekitar 400 hingga 700 tahun yang lalu.

Banjaran Himalaya, yang sering dirujuk sebagai ‘Kutub Ketiga’ mempunyai kepekatan ais glasier ketiga terbesar di dunia selepas Antartika dan Artik.

Sementara itu, pengarang bersama kajian, Dr. Simon Cook berkata, orang ramai di rantau Asia sudah melihat perubahan melebihi apa yang telah disaksikan selama berabad-abad kerana penipisan glasier mewujudkan kebimbangan mengenai kelestarian bekalan air.

“Penyelidikan ini memberikan pengesahan terbaharu bahawa perubahan itu semakin pantas, sekali gus akan memberi impak besar kepada seluruh negara dan rantau,” kata Cook. – AGENSI

Pencairan glasier di Banjaran Himalaya ancam rantau Asia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mentakab tenggelam, ulangi tragedi 1971 (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker