NADMA seperti tidak berfungsi urus banjir – pakar Geostrategis
NADMA seperti tidak berfungsi urus banjir – pakar Geostrategis
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dilihat tidak berfungsi sebaiknya dalam pengurusan banjir yang berlaku baru-baru ini.
Pakar Geosgstrategis, Azmi Hassan berkata, agensi itu telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya mengawal selia bencana termasuk banjir namun perkara itu tidak berlaku.
“Ramai menyalahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam isu ini tetapi semua ia seharusnya ditangani oleh NADMA.
“Struktur masih sama, seperti peringkat daerah kemudian negeri dan persekutuan.
“Jika berlaku apa-apa bencana, akan diwujudkan satu jawatankuasa bertindak yang mana mereka akan cuma menyelesaikan dahulu, jika tidak mampu akan dibawa ke peringkat negeri dan sebagainya.
“Cantik susunan di atas kertas itu, tetapi ia tidak berlaku dan boleh saya katakan agensi ini tidak efisien,” katanya ketika menjadi panel program SKOP MG.
Dengan tajuk ‘Sejauh Mana Malaysia Bersedia Hadapi Bencana’, Azmi mengakui Malaysia masih tidak mampu menguruskan hal ini biarpun sudah berdepan agak lama.
“Kita mendengar bantuan masih lambat sampai di beberapa kawasan dan ini seharusnya tidak berlaku.
“Kesiapsiagaan tidak ada dan kita melihat berlaku masalah komunikasi antara orang atasan ini sedangkan mangsa memerlukan bantuan sesegera mungkin,” katanya.
Mengambil contoh kes kematian yang berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam, Azmi berkata, pasca banjir harus diadakan namun ia seolah-olah tiada.
“Saya belum lagi mendapat berita ada agensi yang membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah selepas banjir.
“Perkara ini penting kerana dari situ kita akan tahu keadaan semasa mangsa. Saya harap perkara ini akan dapat diatasi segera kerana isu banjir atau bencana ini akan tetap berlaku pada masa akan datang dan masalah sama tetap berulang,” jelasnya.
Mengakui kegagalan komunikasi di antara agensi dan rakyat, Azmi berkata, tiada mesej diterima sebagai tanda amaran.
“Kita semua tahu Jabatan Meteorologi Malaysia sudah memberikan maklumat cuaca dan amaran hujan lebat, tetapi saya sendiri tidak ada menerima sebarang sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai banjir sama ada daripada NADMA mahupun MKN.
“Mereka ini hanya menumpukan kepada pandemik (Covid-19) sahaja, sedangkan banjir juga masalah besar juga,” katanya.
Jelasnya, hujan lebat tidak boleh dijangka dan menekankan masalah banjir bukan kali pertama berlaku.
“Sepatutnya maklumat disalurkan secara terperinci. Amaran selepas pasca juga tiada.
“Saya ambil contoh ramai yang terkandas dalam kenderaan di Kuala Lumpur lima hingga enam jam.
“Sepatutnya mereka boleh dibenarkan membuat pusing U, kerana apabila berada di lebuh raya, jalan bertentangan tiadak kenderaan kerana jalan ditutup, sekali lagi saya katakan masalah yang berlaku adalah dari segi arahan,” katanya.
Azmi turut mempersoalkan, struktur agensi yang tidak berfungsi dan ada cacat cela itu apakah akan berterusan atau ia adalah pengajaran terbaik untuk menghadapi musibah akan datang. MG
NADMA seperti tidak berfungsi urus banjir – pakar Geostrategis
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a