Azman dilantik Pengerusi LTH

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (LTH) menerima Pengerusi baharu apabila Tan Sri Azman Mokhtar dilantik menjawat jawatan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), beliau dan LTH akan bertanggungjawab untuk mentadbir segala yang berkenaan dengan urusan jemaah haji.

“Juga bertanggungjawab ke atas tadbir urus korporat termasuk hala tuju pembangunan strategik TH.



“Saya mengucapkan tahniah kepada Azman di atas pelantikan ini. Semoga Allah SWT sentiasa memandu setiap gerak kerja yang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dilahirkan pada 23 Januari 1961 di Melaka, Azman berpendidikan tinggi Diploma Siswazah dalam Kajian Islam (UIA) dan Kursus Sarjana Falsafah dalam Kajian Pembangunan (Kolej Darwin, Universiti Cambridge, United Kingdom) melalui Biasiswa Chavening.

Sepanjang karier, beliau berpengalaman luas dalam menguruskan GLC dan badan korporat, antaranya sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Pengerusi Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam (INCEIF).

Beliau juga berpengalaman sebagai Pengerusi Axiata Group Berhad serta terlibat dalam persidangan kebangsaan seperti Majlis Pemulihan Negara, Majlis Kemakmuran Bumiputera dan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama.



Azman merupakan Felo Pelawat Terhormat Pusat Pengajian Pembangunan Universiti Cambridge dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). – K! ONLINE

Azman dilantik Pengerusi LTH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




50 tahun tinggal di Hulu Langat ini banjir terburuk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker