Resepi tiram bakar keju istimewa

Resepi tiram bakar keju istimewa

Tiram dipanggil sajian kayangan kerana harganya yang agak mahal. Namun kalau ada rezeki lebih, tidak salah mencuba sajian istimewa ini bersama ahli keluarga kerana tiram sumber protein yang lengkap sembilan asid amino perlu.

Makanan laut ini boleh dimakan begitu sahaja dengan percikan lemon.

Ramai juga yang suka menikmatinya secara dimasak seperti dipanggang atau dibakar.

Tiram bakar keju, sesuatu yang enak dan manis pada minggu cuti persekolahan ini.

Kaedahnya juga mudah dan pantas disediakan. Terima kasih Ketua Chef, Ombak Kitchen, Abdul Karim Mohamed yang berkongsi resepi kali ini.

Selamat mencuba.

RESEPI TIRAM BAKAR KEJU

Bahan-bahan:

3 sudu garam kasar
6 tiram
1 sudu daun pasli – dimayam halus
1 sudu margerin tidak masin – biar mencair
Lada hitam
Lemon – untuk hiasan dan tambah perasa
Keju mozarela
Krim keju
Keju parmesan
Cendawan – dihiris
Kobis merah

Cara penyediaan:

Panaskan ketuhar pada 220 darjah celsius.
Taburkan sedikit garam ke atas tiram.
Dalam mangkuk, masukkan pasli, kobis merah, margerin dan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Letakkan bahan ini atas tiram.
Tabur keju dan cendawan atas tiram.
Masak hingga tiram berwarna sedikit coklat. (dalam 10 hingga 20 minit).
Siap. Perah sedikit lemon untuk rasa lebih sedap.

TIPS pilih tiram:

Pilih isi tiram yang banyak air laut.

Pilih jenis yang berisi legap dan penuh pada cengkerang.

Tanda isi tiram sudah lagi tidak segar ialah bila ia mengeluarkan bau busuk.
Utusan

Resepi tiram bakar keju istimewa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker