Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Perak sehingga hari ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya tahap merah, dengan jangkaan hujan sangat lebat berterusan di beberapa kawasan negeri Perak sehingga Ahad (19 Disember).
MetMalaysia dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, kawasan yang terlibat di negeri itu ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran buruk dengan hujan lebat berterusan di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah), Kerian, Larut, Matang Dan Selama, dan Kuala Kangsar (Perak), Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan (Pahang) dan Pulau Pinang.
Dalam kenyataan sama, amaran waspada turut dikeluarkan di kawasan Kedah; Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling, manakala Pahang; Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin, serta Selangor di kawasan Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Amaran waspada turut melibatkan beberapa negeri lain termasuk Perlis, Kelantan dan Terengganu sehingga Ahad.
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi Jumaat lalu menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang pada Ahad dilanda banjir dengan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan sejumlah pengguna jalan raya terkandas di dalam kereta berikutan laluan ke rumah mereka ditenggelami air.
Selain Lembah Klang, beberapa negeri lain terutama pantai timur Semenanjung turut terjejas dalam banjir musim tengkujuh kali ini. – Bernama
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Perak sehingga hari ini
Baca Artikel Menarik:
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keselamatan mangsa banjir dan bekalan makanan jadi keutamaan kerajaan
You must be logged in to post a comment.