Bayaran BKC Fasa 3 Isnin ini
Bayaran BKC Fasa 3 Isnin ini
Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini (20 Dis) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana menteri berkata dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bayaran BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.
Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.
Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah diselesaikan pada September dan November lepas dengan peruntukan RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.
Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, https://bkc.hasil.gov.my selain bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan nilai bantuan yang diterima.
BKC adalah bantuan tunai langsung yang disediakan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19
Di bawah BKC, kategori miskin, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas bujang/tiada pasangan (RM500) dan bujang (RM500).
Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas bujang/tiada pasangan (RM200) dan bujang (RM200) manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas bujang/tiada pasangan (RM100) dan bujang (RM100).
Bayaran BKC Fasa 3 Isnin ini
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.