Aksesori anti-5G mengandungi radiasi berbahaya
AMSTERDAM – Kalung dan aksesori yang didakwa ‘melindungi’ manusia daripada gelombang rangkaian mudah alih 5G didapati mengandungi radioaktif, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
Pihak berkuasa Belanda untuk keselamatan nuklear dan perlindungan sinaran (ANVS) mengeluarkan amaran tentang sepuluh produk yang didapati mengeluarkan sinaran berbahaya itu yang boleh menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada pemakainya.
Tiada bukti bahawa rangkaian 5G berbahaya kepada kesihatan, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, rangkaian mudah alih 5G adalah selamat dan pada asasnya, tidak berbeza daripada isyarat 3G dan 4G sedia ada.
Rangkaian mudah alih menggunakan gelombang radio yang tidak merosakkan asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
Produk yang dikenal pasti itu termasuk pelitup muka, gelang dan rantai Energy Armor. Aksesori gelang untuk kanak-kanak berjenama Magnetix Wellness juga didapati mempunyai bahan radioaktif.
‘’Jangan pakai lagi, simpan di tempat selamat dan tunggu arahan pemulangan,’’ kata ANVS dalam satu kenyataan.
‘’Penjual di Belanda yang dikenal pasti oleh ANVS telah diberitahu bahawa penjualan barangan itu mesti dihentikan serta-merta. Syarikat itu juga perlu memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang perkara ini,’’ jelas kenyataan itu.
Teori konspirasi telah memacu pasaran peranti ‘anti-5G’ yang biasanya didapati tidak memberi kesan buruk.
Pada Mei 2020, Piawaian Dagangan Britain berusaha menghentikan penjualan batang USB berharga £339 (RM1892.70) yang didakwa menawarkan ‘perlindungan’ terhadap isyarat 5G. Alat yang dipanggil ‘pelekat anti-radiasi’ juga telah dijual di syarikat Amazon. – Agensi
Aksesori anti-5G mengandungi radiasi berbahaya
Baca Artikel Menarik:
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kepimpinan, MT UMNO Teliti Usul Bahagian Mengenai PRU15 Dan Pemilihan Parti
You must be logged in to post a comment.