97.4 populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 22,811,773 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 23,118,828 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2,734,262 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,832,995 atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 71,650 vaksin diberikan semalam melibatkan 1,230 dos pertama, 1,932 dos lengkap dan 68,488 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,803,470 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,500,495. – Bernama

97.4 populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keselamatan mangsa banjir dan bekalan makanan jadi keutamaan kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker