PrnSarawak: GPS tubuh dana kekayaan berdaulat jika menang esok – Abang Jo

PrnSarawak: GPS tubuh dana kekayaan berdaulat jika menang esok – Abang Jo

Cadangan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat oleh kerajaan negeri bertujuan menjamin kedudukan kewangan yang baik untuk Sarawak, sekiranya sumber petroleum habis pada masa akan datang, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Beliau berkata, menerusi dana itu, hasil kekayaan Sarawak akan disimpan dan dilabur secara profesional oleh pengurus pelaburan antarabangsa, dan pulangannya akan dapat digunakan untuk memastikan masa depan yang cerah bagi generasi akan datang.



“Oleh itu insya-Allah jika diberikan kemenangan kepada GPS esok, saya akan menubuhkan ‘Sovereign Fund’ demi masa depan orang muda negeri ini,” katanya semasa merasmikan program Jelajah Belia Sarawak 2021 di sini.

Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat bagi mengukuhkan kewangan negeri masa hadapan merupakan antara 34 manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.

Pengerusi GPS itu, berkata pelan pembangunan ekonomi Sarawak sehingga 2030 dirangka khas bagi golongan belia pada masa ini yang akan menjadi pemimpin ketika itu nanti.

Menurut Abang Johari, GPS telah menampilkan ramai calon muda pada PRN12, termasuk calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tellian Royston Valentine.



Katanya, ramai lagi golongan muda yang akan diangkat sebagai pemimpin apabila sudah sampai masanya untuk menyerahkan kepimpinan kepada mereka, namun golongan itu harus dibimbing oleh pemimpin-pemimpin yang berpengalaman agar tidak bertindak mengikut emosi.

Beliau berkata, golongan lama dan anak muda dalam GPS kini dilihat berjalan bersama-sama mengiringi Sarawak menuju ke arah pembangunan ekonomi era digital.

Sementara itu, Abang Johari berkata selain sukan terjun air, renang dan juga bola sepak, beliau mahu agar belia di negeri ini turut menyerlah dalam bidang e-sukan mengikut perkembangan pada masa ini, di samping terlibat dalam seni persembahan.

Katanya, bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibangunkan menjadi panggung budaya, setaraf Istana Budaya Kuala Lumpur bagi meningkatkan aktiviti seni persembahan dan budaya di negeri ini.



Beliau berkata, anak-anak Sarawak mempunyai bakat yang setanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia, malah ramai anak-anak Sarawak sudahpun menempa nama sebagai artis dan pelakon terkenal di negara ini. FMT

PrnSarawak: GPS tubuh dana kekayaan berdaulat jika menang esok – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker