PRN Sarawak: Kami Akan Setia Bersama GPS-Masyarakat Cina Kapit

PRN Sarawak: Kami Akan Setia Bersama GPS-Masyarakat Cina Kapit

KAPIT: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap jadi pilihan masyarakat Cina di sini bagi mewakili suara mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) .

Menerusi tinjauan Astro AWANI sebelum hari kemuncaknya esok, rata-rata yang ditemui berpuas hati dengan pembangunan yang telah dibawa oleh GPS selama ini.

Bagi Kong Kih Ming, pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram, dia sememangnya mahukan wakil rakyat yang sentiasa prihatin dengan keluh kesah rakyat dan GPS telah membuktikan perkara tersebut.

“Saya mahukan wakil rakyat yang sentiasa mendengar suara dan masalah rakyat serta menunaikan tanggungjawab sebaiknya.

“Berdasarkan pemerhatian saya selama ini, GPS telah banyak membawa kemajuan dan pembangunan di Kapit dan saya percaya banyak lagi perancangan untuk Kapit di masa akan datang,” katanya.

Bagi Robert Tan, sebagai individu yang berasal dari Kapit, tiada lain yang dimahukan selain pembangunan berterusan bagi terus merancakkan ekonomi penduduk.

“Pada pandangan saya, adalah lebih baik kita terus kekal dengan kerajaan GPS supaya mereka dapat meneruskan apa yang telah mereka dirancang.

“Pastinya banyak lagi perancangan untuk memajukan bahagian Kapit terutama kawasan Bukit Goram, kerana bagi saya sebagai orang asal Kapit banyak sangat perubahan yang telah dibawa ketika ini,” ujarnya.

Sementara bagi Tommy Wong Chong Wei yang merupakan peniaga di Kapit yang juga pengundi di Dun Bukit Goram, keprihatinan dan sifat ketokohan yang ada pada penyandang kerusi itu, Jefferson Jamit Unyat, menyebabkan beliau wajar diberi mandat untuk meneruskan khidmat baktinya kepada penduduk di kawasan itu.

“Calon GPS Dun Bukit Goram memang kena kekal sebab dia memang kuat bekerja, rajin banyak dia selalu pergi.

“Di mana-mana tempat di kawasannya kalau ada masalah dia mesti akan datang dan akan menyelesaiak isu-isu setempat dengan baik jadi kita memang mahu terus pilih dia dan tidak akan memilih calon lain,” katanya.

Senada dengan Tommy adalah Penghulu Daerah Kapit, Wong Kie Ing, yang juga menyifatkan Jefferson sebagai wakil rakyat yang mudah didekati.

Malah, di bawah pentadbiranya sebagai wakil rakyat, banyak kemudahan asas dan fasiliti telah dibangunkan.

“Secara peribadinya, calon GPS Bukit Goram memang mudah didekati dan antara lain banyak pembangunan dapat disaksikan.

“Malah kerjasama eratnya dengan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah berjaya memberi keselasaan kepada kami di sini.

“Bukan setakat jalan raya dari Sibu ke Kapit malah pembangunan untuk belia juga tidak dipinggirkan termasuk menyediakan fasiliti untuk kegunaan semua masyarakat di kawasan ini.

“Untuk itu, saya akan setia bersama GPS dan yakin banyak lagi pembangunan akan dibawa,” ujarnya lagi.-AA

PRN Sarawak: Kami Akan Setia Bersama GPS-Masyarakat Cina Kapit

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker