ADUN PN duduk di blok pembangkang di DUN Melaka

Sebaran :

ADUN PN duduk di blok pembangkang di DUN Melaka

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) akan duduk di kerusi pembangkang pada Sidang Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 selama empat hari bermula 27 Disember ini.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka Mohd Yadzil Yaakub beliau dan ADUN Sungai Udang Mohd Aleef Yusof masih dianggap sebagai pembangkang selepas berseteru dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

ADUN Bemban itu berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan atau tawaran daripada mana-mana pihak mengenai kedudukan dua ADUN PN daripada Bersatu.



“Memandangkan kita bukan kerajaan di Melaka, maka kita tidak tahu apa keputusan daripada pihak kerajaan negeri. Justeru, kita teruskan jadi pembangkang yang baik dan memberi khidmat kepada rakyat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

BN memperoleh kemenangan besar pada PRN Melaka baru-baru ini dan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Kedudukan dua ADUN PN itu sekali gus menimbulkan tanya tanda berikutan BN dan PN mempunyai kerjasama di peringkat persekutuan.

Mengulas pelantikannya sebagai Ketua BPN Bersatu Melaka yang baharu, Mohd Yadzil berkata, ia adalah cabaran besar buat dirinya yang memikul amanat untuk menstruktur semula kepimpinan parti di negeri itu.



Katanya, fokus kini tertumpu kepada usaha memperkasakan asas Bersatu di Melaka dan memastikan parti itun bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

“Asas Bersatu memang sudah ada di Melaka. Kukuh atau tidak kita kena lihat daripada pelbagai sudut. Saya akan terus memperkasakan Bersatu seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu,” katanya. FMT

ADUN PN duduk di blok pembangkang di DUN Melaka


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *