Kenyataan “Allah Makhluk Halus”, Pengasas Kek MamaSab Mohon Maaf

Kenyataan “Allah Makhluk Halus”, Pengasas Kek MamaSab Mohon Maaf

Tular di media sosial hari ini mengenai sebuah video memaparkan pengasas kek terkenal iaitu Siti Sabrina Binti Sabri yang lebih dikenali sebagai MamaSab telah mengeluarkan kenyataan ‘Allah makhluk halus’ dalam sebuah panggilan Zoom.

Dalam perbincangan di aplikasi itu, Sabrina mendakwa tuhan tidak dapat dilihat dan halus serta sama seperti makhluk halus yang tidak dapat dilihat tapi hanya dapat dirasai.

Ianya sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial di mana ramai telah mempersoalkan apakah sebenarnya yang cuba disampaikan usahawan itu.

Ini berikutan akidah umat Islam yang mempercayai akan kewujudan Allah S.W.T tidak boleh sama sekali disamakan dengan makhluk atau benda hidup lain yang diketahui.

Selepas mendapat kecaman hebat,Sabrina menerusi akaun Facebook miliknya telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuja di atas khilafnya itu.

Setiap manusia tak lepas buat salah. Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk terangkan satu kekuasaan yang sangat luar menjadi ayat yang salah.
Minta maaf atas kesilapan pengunaan nama makhluk.

Dalam permohonan maafnya itu, Sabrina mengakui perkataan yang digunakan bagi menunjukkan kekuasaan Allah itu kurang sesuai.

Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada semua yang prihatin dan bertindak menegurnya bagi membetulkan salah faham dalam perkara berkaitan agama Islam. Bn

Kenyataan “Allah Makhluk Halus”, Pengasas Kek MamaSab Mohon Maaf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker