Nik Ezanee tiada komen isu pegawai pengiring PM

Nik Ezanee tiada komen isu pegawai pengiring PM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tidak memberikan komen mengenai desas desus bahawa beliau akan dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nik Ezanee berkata, beliau tidak dapat memberi komen lanjut berhubung perkara tersebut.



“Maaf, saya tak dapat beri komen, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed atau Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan keluarkan kenyataan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai kenyataan yang diperkatakan beliau itu.

Pada Rabu, sebuah media tempatan melaporkan desas desus mengenai Nik Ezanee dikhabarkan dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri. Sinar

Nik Ezanee tiada komen isu pegawai pengiring PM




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu



MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker