MAHB tawar tender 226 lot komersial
MAHB tawar tender 226 lot komersial
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menawarkan tender terbuka untuk 226 lot komersial di lapangan terbang di bawah pengurusannya seluruh negara.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata penawaran itu dilaksanakan disebabkan peningkatan kembali pergerakan trafik udara selepas kerajaan memberi kelonggaran dalam sekatan perjalanan udara.
Beliau berkata, lapangan terbang MAHB di seluruh negara ketika ini mempunyai 808 lot komersial dengan 70 peratus daripadanya telah ditender.
Katanya, dalam usaha menetapkan semula inisiatif komersial MAHB, tender untuk 226 lot komersial ini adalah fasa akhir bagi menarik peserta domestik dan antarabangsa mengambil bahagian dalam menawarkan jenama baharu di lapangan terbang seluruh negara.
Matlamat utama MAHB katanya adalah untuk meningkatkan tawaran runcit dan menyediakan pengalaman perjalanan yang unik.
“Sebelum COVID-19, segmen bukan aeronautik merangkumi separuh daripada jumlah pendapatan Kumpulan.
“Pada 2019, 47 peratus daripada pendapatan disumbangkan oleh segmen ini yang merangkumi perniagaan komersial dan runcit.
“Inisiatif memulihkan komersial telah dikenal pasti sebagai misi kritikal, dan pelaksanaannya diteruskan walaupun terdapat impak pandemik kepada prestasi kewangan kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iskandar berkata, ini adalah komitmen MAHB dalam memastikan dapat memberi pengalaman runcit baharu yang menarik kepada pelanggan.
Beliau berkata, kumpulan mengalu-alukan penyertaan jenama tempatan dan antarabangsa membantu MAHB merealisasikan objektif tetapan semula komersialnya. BH
MAHB tawar tender 226 lot komersial
Baca Artikel Menarik :
- Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
- Batu nilam terbesar dunia ditemui
- Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM
- Menteri, timbalan isytihar akaun luar pesisir kepada SPRM
- Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?
- Peniaga jumpa muntah ikan paus bernilai jutaan ringgit di Marang
- Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
- DAP meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
- Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan
- Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit
- Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi
Layari Laman Facebook MYKMU</a