Lari dari bayar barangan lelong Sajat, Alif Syukri tegas jangan libatkan saya
Kuala Lumpur: “Tolong jangan libatkan saya! Semua orang berhak untuk membida, saya tiada kena mengena dengan isu ini. Biarpun dia bekerja sebagai pembantu peribadi saya, namun itu haknya untuk membeli”.
Demikian penjelasan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila diminta mengulas mengenai seorang individu yang bertindak membida aset milik Nur Sajat dan kemudian dikatakan menghilangkan diri.
Netizen mula mencari nama lelaki berkenaan dan mendapati profil media sosialnya tertulis kerjaya sebagai pembantu peribadi kepada Aliff Syukri.
“Sekiranya dia (individu terbabit) ingin membeli, itu berada di luar bidang kuasa saya. Memang dia bekerja untuk saya, namun dia mempunyai hak untuk membuat pilihan membeli dan sebagainya.
“Kebanyakan barang-barang di dalam rumah Sajat itu adalah barang saya, jadi untuk apa saya hendak membelinya. Jika diikutkan hiasan dalam rumah saya pun sudah cukup banyak.
“Mungkin ada yang mengaitkan saya kerana pada pagi semalam saya menitipkan kata-kata semangat buatnya. Takkan itu pun salah?. Kadangkala rakyat Malaysia gemar memperbesarkan perkara kecil,” katanya kepada Harian Metro.
Aliff kini bercuti bersama keluarganya di Turki.
Lari dari bayar barangan lelong Sajat, Alif Syukri tegas jangan libatkan saya
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dah Kena Tahan
- Mahathir gesa bincang peranan raja berperlembagaan
- Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum – pakar
- Zeti harus bertanggungjawab!
- Kompaun SOP RM10 ribu sangat tidak munasabah – Tok Mat
- Aliff Syukri enggan komen dakwaan hantar pembida beli aset Sajat
- Jawapan kepada tuduhan Lim terhadap Ismail Sabri
- Penyelam Skuba Menitis Air Mata Temui Mayat Dua Remaja Yang Hilang 21 Tahun Lalu [VIDEO]
- Wanita tidak sengaja siar aktiviti seks bersama suami di Facebook
- Jurulatih gim dihukum penjara, rakam wanita mandi dalam tandas
- Salji turun di Genting Highlands?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET