Mahathir tak jujur kepada Majlis Raja-Raja, rakyat, kata TMJ berhubung isu Statut Rom, ICERD

Mahathir tak jujur kepada Majlis Raja-Raja, rakyat, kata TMJ berhubung isu Statut Rom, ICERD

Dr Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi juga kepada seluruh rakyat berhubung isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika pentadbiran Dr Mahathir itu akan menggugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.

“Dengan menyerang institusi diraja, Tun (Dr Mahathir) tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh Tun termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum,” katanya di Facebook.

Beliau turut berbesar hati kepada Dr Mahathir kerana turut menyebut tentang dirinya di dalam buku terbaharu bekas Perdana Menteri itu berjudul, ‘Capturing Hope’.

“Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.

“Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD,” katanya.

Tunku Ismail berkata, satu lagi pengkhianatan kepada rakyat Malaysia adalah apabila janji-janji yang dibuat kepada rakyat tidak ditunaikan.

“Apa-apapun saya berdoa semoga Tun panjang umur, sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara. ‘I will see you soon, Tun’,” kata beliau. FMT

Mahathir tak jujur kepada Majlis Raja-Raja, rakyat, kata TMJ berhubung isu Statut Rom, ICERD


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker