Bantuan Khas Sarawakku Sayang bantu rakyat terkesan COVID-19

Bantuan Khas Sarawakku Sayang bantu rakyat terkesan COVID-19

LEBIH RM5.6 bilion dibelanjakan Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Dalam tempoh hampir dua tahun, lapan pakej dilancarkan membabitkan lebih 30 inisiatif, yang juga bertujuan melindungi rakyat daripada wabak itu.

Bermula 23 Mac 2020, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi menangani impak COVID-19 seterusnya memastikan kesejahteraan rakyat menerusi pakej BKSS 1.0.

Sejumlah RM974.75 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan langsung oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan impak kelembapan ekonomi dan mengurangkan beban rakyat.

Kurang sebulan selepas pelancaran BKSS 1.0 iaitu pada 10 April 2020, kerajaan GPS Sarawak mengumumkan pula BKSS 2.0 dengan peruntukan RM1.1 bilion, bagi membantu perusahaan kecil dan sedehana (PKS), perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil, termasuk dana khas RM1,500 kepada 65,000 peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pakej rangsangan kerajaan negeri berterusan dengan pelancaran BKSS 3.0 pada 8 Mei 2020 yang menyediakan peruntukan dana tambahan sebanyak RM0.3 bilion.

Pada 23 Oktober 2020, pakej BKSS 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM0.1 bilion dilancarkan yang menggariskan tujuh inisiatif bagi mengurangkan kesan pandemik COVID-19.

Antaranya, diskaun bil elektrik, diskaun bil air, diskaun sewa Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), bantuan ‘one off’ RM500 untuk pemandu e-hailing dan pengajar sekolah memandu serta potongan 50 peratus disediakan untuk sewa gerai.

Pakej BKSS 5.0 dilancarkan pada 21 Januari 2021 membabitkan peruntukan RM0.5 bilion. Bantuan kali ini juga diberikan kepada rakyat yang dilanda banjir.

Kesinambungan pakej bantuan khas diteruskan pada 28 Mei 2021 dengan pelancaran BKSS 6.0 dengan peruntukan bernilai RM1.4 bilion.

Pada 4 Ogos 2021, BKSS 7.0 dengan peruntukan lebih RM0.8 bilion dilancarkan, khusus untuk memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan.

Pada 14 Oktober 2021, Abang Johari mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM78.5 juta menerusi pakej BKSS 7.0 Plus, bagi membantu usahawan yang terjejas.

Pakej BKSS 8.0 diumumkan pada 12 Oktober lalu, dengan peruntukan RM0.3 bilion, merangkumi bantuan kewangan one-off, yang akan disalurkan pada enam bulan pertama tahun 2022.

Semua bantuan ini pasti akan berterusan bagi memastikan kebajikan rakyat Sarawak yang terkesan akibat COVID-19 terus terbela dan mereka mampu bangun pasca pandemik. BH

Bantuan Khas Sarawakku Sayang bantu rakyat terkesan COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker