Sebahagian aset Sajat dilelong RM132,000

Sebahagian aset Sajat dilelong RM132,000

Seorang pembida lelaki berjaya dalam proses lelongan sebahagian barang-barang di kediaman usahawan kosmetik, Nur Sajat pada harga RM132,000.

Secara keseluruhan pembida berkenaan bakal mendapat set barang-barang di ruangan dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat berkenaan.



Wartawan yang menyaksikan bidaan itu mendapati proses lelongan yang pada asalnya disertai lapan pembida berakhir dengan tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali sebelum harga barangan diputuskan pada harga RM132,000.

Pada masa ini pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.

Sementara itu seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang dilelong, pulang kehampaan berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur, tiba agak lewat cuba merayu untuk menyertai bidaan namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.



Ketika ditemui pemberita di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.

“Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak melalui videonya yang tular.

“Bagaimanapun tiada rezeki saya untuk masuk walaupun dah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup,” katanya. BH

Sebahagian aset Sajat dilelong RM132,000




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)



Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker