Gempar! 200 UFO muncul di langit Sepanyol

Beberapa orang awam turut berada di luar kereta masing-masing untuk melihat fenomena kira-kira 200 UFO yang muncul di langit. – Reddit/Nesra432

MOSTOLES, SEPANYOL – Sebuah klip video yang memaparkan sejumlah  objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit bandar Mostoles, Sepanyol, menimbulkan perdebatan netizen dengan ada yang mempercayainya sebagai kapal angkasa makhluk asing selain terdapat juga yang menganggapnya sebagai dron.

Menurut laporan akhbar Daily Star, seorang pengguna laman perkongsian Reddit memuat naik klip video tersebut dan mendakwa bahawa dia melihat kira-kira 200 UFO  di langit.

Berdasarkan video tersebut, objek-objek itu dilihat berbaris dalam formasi hampir sebaris sebelum ia mula bergerak ke atas dan bawah.

Beberapa orang awam turut berada di luar kereta masing-masing untuk melihat fenomena tersebut.

“Ini adalah kejadian yang luar biasa. Objek-objek itu berada di situ memerhatikan kami.

“Ia agak mengelirukan namun tiada sebarang penjelasan lanjut mengenainya,” kata pengguna tersebut.

Tambahnya, dia percaya bahawa objek tersebut berasal dari angkasa lepas, namun ramai netizen  menganggap bahawa ia sekadar pertunjukan dron.

“Anda boleh mendengar kipas dron itu berbunyi dengan jelas,” kata seorang pengguna.

“Anda pasti bergurau. Itu hanyalah dron, dan sila kekal fokus,” tulis seorang lagi.

Pengguna berkenaan bagaimanapun membidas komen-komen tersebut dengan menyatakan bahawa bilangannya yang banyak menjadi faktor dia percaya bahawa objek tersebut berasal dari angkasa lepas.

“Tedapat kira-kira 200 buah objek tersebut dan agak sukar untuk mengawal 200 dron dalam satu-satu masa dengan jarak sekitar satu kilometer dari tanah,” katanya. – Agensi

Gempar! 200 UFO muncul di langit Sepanyol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alasan keluar ambil duit, lelaki ghaib selepas bida aset Sajat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker