Tipu sunat, tarikh 5 November sebenarnya sudah dihidu

Tipu sunat, tarikh 5 November sebenarnya sudah dihidu

RASANYA belum terlambat untuk menitipkan ucapan selamat pengantin baharu buat pasangan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Semoga mendakap bahagia sehingga ke anak cucu.

Umum mengetahui, Kamal dan Uqasha sudah bernikah sebulan yang lalu, iaitu pada tanggal 5 November, namun baru sahaja mendedahkan perkara tersebut kepada orang ramai pada 7 Disember.



Sebenarnya, berita pernikahan mereka sudah dihidu media sejak awal. Kosmo! Ahad juga pernah melayangkan pertanyaan kepada Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli pada hari kejadian (5 November).

Balasan Kamal, 35, tentang perkara terbabit hanyalah berbunyi: “Mana ada. Shootinglaa (ada penggambaran).”
Menerusi pesanan WhatsApp, pelakon drama Sihir itu turut menyertakan sekeping gambar konon-kononnya dirinya sedang menjalani sebuah penggambaran.

‘Shooting’, kata Kamal

Benarlah ada penggambaran, tetapi penggambaran untuk ‘drama’ eksklusif perkahwinannya dengan sebuah gergasi media tempatan. Apa yang kelakar, gambar yang dikongsi Kamal waktu pada ketika tersebut sama dengan lokasi satu lokasi shooting perkahwinannya.



Perihal tersebut terbukti memandangkan tiang batu dalam gambar yang dikongsi Kamal ‘saling tak tumpah’ dengan lokasi gambar perkahwinannya. Bingo!

Lantas, ada satu kebetulan ketika pertanyaan tentang kesahihan perkahwinannya dengan Uqasha yang turut dilayangkan pada hari sama berlangsungnya ‘majlis’ mereka iaitu 5 November.

Bukan berniat untuk menangguk di air yang keruh. Kamal dan Uqasha pun sudah bergerak ke satu fasa baharu kehidupan masing-masing tetapi, rasa kelakar apabila kebenaran ‘terkantoi’ dengan sendirinya.

Hari sesiapa pun boleh tergeletek saat mengetahui Kamal sudah menjawat peranan sebagai seorang suami lebih sebulan lalu dan sewaktu menjawab pertanyaan media, mereka harus ‘menipu’ demi kontrak eksklusif dan permainan stesen televisyen.



Selain Kamal dan Uqasha, sebenarnya ada juga selebriti yang ‘kahwin’ senyap-senyap entah demi sekelumit publisiti dan tetap mengharapkan nama mereka kekal relevan dalam kalangan peminat. Siapa selebriti yang dimaksudkan, tak perlu diperincikan.

Hormat, berhati-hati

Ada juga golongan artis yang sudah ‘kantoi’ berkahwin, baru ingin mengaku dan kemudian meleret dengan pelbagai dakwaan dan penafian sehingga mengelirukan banyak orang.

Zaman sekarang, berahsia sangat tentang perihal yang kononnya peribadi bagai telur di hujung tanduk. Adakala, tanpa menunggu lama, ada sahaja netizen yang pantas dalam segala hal mengorek realiti.



Jadi, berhati-hatilah dengan pendekatan masing-masing. Usah biarkan rasa hormat tergelincir demi tawaran lumayan sehingga alpa tentang apa dan siapa sebenarnya yang setia menyokong di belakang kerjaya seseorang figura bernama selebriti.

Kamal dan Uqasha sudah pun bergelar suami isteri dan ketahuilah, ramai peminat termasuklah media yang mendoakan kesejahteraan kalian sampai ke akhir hayat. K Online

Tipu sunat, tarikh 5 November sebenarnya sudah dihidu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker