PRNSarawak:Chong tak bawa perubahan untuk Kota Sentosa – pengundi

PRNSarawak:Chong tak bawa perubahan untuk Kota Sentosa – pengundi

Beberapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chong Chieng Jen sejak 15 tahun lalu memandangkan tidak banyak perubahan yang dilakukannya selama ini.

Chong yang juga Ketua Pakatan Harapan Sarawak dan DAP Sarawak kini bertanding di kerusi Padungan yang disifatkan sebagai kubu kuat DAP.



Calon Gabungan Parti Sarawak di Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menuduh Chong “melarikan diri” kerana gagal memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan itu terutamanya ketika menjadi timbalan menteri selama 22 bulan.

Segelintir penduduk tempatan di Kota Sentosa juga kelihatan berkongsi sentimen yang sama seperti Yap.

Alicia Chew, 36, berkata Chong kelihatan langsung tidak turun padang untuk menjaga kawasannya dan dia sendiri tidak tahu apa sumbangan beliau kepada penduduk Kota Sentosa sejak 15 tahun lalu.

“Baguslah beliau pergi,” katanya sambil menambah lebih baik kawasan itu diwakili orang lain.



Chew berkata dia tidak akan mengundi berdasarkan parti, tetapi akan memilih berdasarkan calon itu sendiri.

Seorang lagi penduduk, Chong Ching Ren, berkata Ketua DAP itu menunjukkan prestasi yang sederhana, sambil mengakui terdapat kebaikan dan keburukan sepanjang khidmatnya di situ.

Ching Ren yang berusia 20 tahun, baru saja terlepas peluang untuk mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini. Dia berkata bekas ADUN itu memberikan harapan tinggi kepada mereka tetapi “bukanlah begitu bagus” dari segi pelaksanaannya.



“Saya tahu sesetengah orang tidak begitu gembira dengan beliau. Saya dengar ramai yang mengadu mengenainya malah termasuk daripada komuniti Cina sendiri,” katanya sambil menjelaskan apa yang ingin dilihat oleh rakyat Kota Sentosa hanyalah perubahan.

Bagaimanapun, dia mengakui muka baharu tidak semestinya akan membawa perubahan kerana apa yang diperlukan mereka ialah seorang ADUN yang boleh melaksanakan rancangan mereka mengikut jadual.

Mohd Sani, 41, berkata tidak banyak perubahan yang dilakukan di Kota Sentosa sejak lima tahun lalu.
Mohd Sani, 41, berkata tidak banyak perubahan yang dilakukan di Kota Sentosa sejak lima tahun lalu dan jalan rosak hanya dibaiki ketika menjelangnya pilihan raya.



“Bagi saya, jika pemimpin baharu dipilih, kita mungkin melihat perubahan. Lebih muda, lebih baik. Itu yang kita harapkan. Selagi mereka mampu memimpin dan membantu rakyat. Parti tidak begitu penting,” katanya. FMT

PRNSarawak:Chong tak bawa perubahan untuk Kota Sentosa – pengundi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker