Warga emas cedera diserang 20 ekor memerang

Kawanan memerang melintasi padang rumput di Taman Botani Singapura pada 18 November 2020. – Xinhua

SINGAPURA – Seorang warga emas di Singapura dimasukkan ke hospital selepas diserang 20 ekor memerang sehingga meninggalkan 26 kesan gigitan di seluruh badannya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Graham George Spencer, yang berusia dalam lingkungan 60-an diserang kawanan haiwan itu ketika sedang bersiar-siar di Taman Botani Singapura bersama seorang rakannya pada 30 November lalu.

‘’Saya berfikir akan mati dibunuh haiwan-haiwan itu,’’ kata Spencer kepada akhbar Straits Times.

Dalam kejadian tersebut, Spencer menghampiri kawanan memerang itu kerana kali pertama menemuinya walaupun sudah lima bulan melakukan aktiviti berjalan pada waktu pagi di taman itu.

Ia bagaimanapun secara tiba-tiba bertukar menjadi ‘seperti anjing gila’ selepas seorang individu berlari melintasi kawasan itu dan cuba menggigit orang yang lalu lalang.

Haiwan-haiwan itu kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah Spencer dan mula menggigit buku lali, menjatuhkan dan melompat ke atas badannya lalu menggigit leher, kaki dan punggungnya.

‘’Saya digigit 26 kali dalam 10 saat,’’ ujar Spencer.

Setelah serangan terhenti seketika, Spencer dan rakannya berlari ke pusat pelancong sambil dikejar memerang-memerang itu pada jarak dekat.

Sejurus tiba di hospital, Spencer diberikan suntikan tetanus dan antibiotik serta lukanya dijahit sebelum dibenarkan keluar. – AGENSI

Warga emas cedera diserang 20 ekor memerang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muafakat Nasional, UMNO Selangor utus surat kepada Hadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker