Tindakan tegas! Marsyal tanpa ada polis akan ditangkap serta-merta

DUA lelaki yang ditahan selepas menyerah diri di IPD Port Dickson semalam dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marsyal seperti yang tular dalam sebuah video di Facebook Ahad lalu.

SEGAMAT – Polis akan menangkap serta-merta mana-mana pihak yang menjadi pengiring atau marsyal yang mengawal lalu lintas tanpa pembabitan pihak polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada kompromi buat pengiring atau marsyal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang diantaranya memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat.

“Penggunaan marsyal dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis.

“Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marsyal ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

“Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal lalu lintas di jalan awam,” katanya ketika ditemui pada Program Bertemu Pelanggan di sebuah pasar raya di Taman Yayasan, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa memberikan sumbangan baucer pembelian barangan kepada 20 pesara polis serta balu selain melihat proses pembayaran saman sempena diskaun 80 peratus di kaunter sementara yang disediakan di perkarangan pasar raya itu.

Dalam pada itu, jelas Ayob, individu atau kumpulan yang membuat tindakan memberhentikan, mengawal atau melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota polis akan terus ditahan.

“Polis Johor akan berterusan memantau rakaman video, imej, laluan jalan raya selain risikan juga maklumat awam di laman sosial yang menunjukkan aksi marsyal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat,” katanya. -K! ONLINE

Tindakan tegas! Marsyal tanpa ada polis akan ditangkap serta-merta

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Marsyal motosikal jangan ‘poyo’ berlagak macam polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker